| SPORTS CENTRE

Johnathan, Saritha Dinobatkan Olahragawan Dan Olahragawati UPM Edisi Ke-33

SERDANG, 17 Mei (Bernama) -- Penembak elit negara Johnathan Wong Guanjie dan pemanah wanita negara Saritha Cham Nong masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Anugerah Sukan UPM edisi ke-33 di sini, malam ini.

Jonathan yang merupakan Olimpian negara di temasya Sukan Olimpik Rio 2016 mengetepikan dua lagi atlet menembak, Muhammad Zubair Mohamad dan Mohamad Lutfi Othman untuk meraih gelaran itu.

Sementara itu, Saritha yang memenangi pingat emas dalam acara compound berpasukan pada Kejohanan Memanah Piala Asia 2016 mengekalkan gelaran yang dimenanginya pada edisi lalu selepas menewaskan dua atlet lawan pedang Ivy Cheah Shio Yong dan Natasha Ezzra serta Nur Syafazliyana Mohd Ali daripada sukan bola jaring.....

SXDdJAn~