Sukan Kolej (SUKOL)
Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKOL) merupakan kejohanan sukan anjuran Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejohanan ini disertai oleh 9 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejohanan sukan ini dipertandingkan secara 2 fasa mengikut semester pengajian. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Ragbi, Bola Sepak, Bola Jaring, Tenpin Boling, Olahraga dan banyak lagi.
Objektif:
- Sebagai landasan untuk mengenalpasti bakat-bakat dikalangan pelajar kolej yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan kejohanan-kejohanan lain.
- Menggalakkan warga kolej membabitkan diri dalam aktiviti sukan, membentuk graduan yang sihat dari segi mental dan cergas fizikal serta mahasiswa yang berdaya saing, tahan lasak dan kreatif.
- Memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar kolej di dalam pengurusan sesebuah pasukan bagi penyertaan dalam sesebuah kejohanan.
- Membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar-pelajar kolej di dalam penyertaan bidang sukan.
Sukan-sukan yang terdapat di UPM:
Sebarang pertanyaan mengenai Kejohanan Sukan Kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh hubungi Unit Pengelolaan Sukan di talian 03-9769 3776.
Capaian ke Program Kejohanan Sukan Kolej: Sila klik SUKOL 2019/2020 di bahagian Menu Pelanggan